Posts

Showing posts from 2014

Hidup Baru

Assalamualaikum, Everything seems so new to me. Tempat baru. Kawan-kawan baru. Classmates baru. Pendidik dan pengajar baru. Pengalaman baru. Itu baru.  Ini baru.  Banyak sangat yang baru.  Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Buat masa ni terlalu busy. Budak asasi.  Insyaallah kalau ada masa nanti aku singgah sini lagi. Currently duduk seorang diri kat Ruang Belajar KKPR, UiTM Puncak Alam. One thing I know, I'm loving it here. Till then. 

You're as Judgemental as I Am (A Book Review: Anthem by Hlovate)

Image
Assalamualaikum, Just finished reading Anthem by Hlovate. It took me 3 days of reading. Betul lah. Kalau dah hantu novel, novel lapan ratus pages pun boleh khatam sekali baca. Tapi 3 hari tu pun dah kira lama for a 593 pages novel. Tahu. Aku baca macam aku makan. Slow. (ceh, ye kan aje :P) One of the many topics yang Hlovate kupaskan, pasal manusia dan sikap suka menghakimi. Aku rasa itu topik utama novel ni. Memang. Mana ada manusia kat dunia ni yang tak pernah judge orang even dia tu alim ke, manusia tetap manusia, bukannya sempurna, cuma level hampir kesempurnaan tu je yang varies. Ikut fields juga. Agama, keimanan pada Tuhan, personaliti, rupa, etc. Cuba ingat balik, pernah tak nampak orang yang pakaiannya ala goth, dengan kukunya warna hitam, celak habis keliling mata, rambut warna biru ungu semua ada, tindik telinga beribu riban, dalam hati dah terdetik, "Eish, stok2 budak jalanan kurang kasih sayang dia tu." "Nampak sangat tak reti solat.&quo

March Treated Me Well

Image
Assalamualaikum, It's April. Wow. I won't say that I can't believe time flies so fast again. Because that's too mainstream. Yeah. It does flies fast. So, did you spend your time wisely last month?  Let's check. SPM Result.   Alhamdulillah. All is well for me. Walaupun keputusan tu tak 'sempurna' (semua A+), bersyukur sebab terlalu sempurna untuk aku. Terlalu sempurna as in aku tak rasa layak untuk aku yang usaha macam tak cukup. Gembira. Sebab dapat senangkan hati ramai. Ibu, ayah, family, cikgu-cikgu & diri sendiri. Tapi honestly rasa terkilan. Kalau boleh, nak semua kawan berdiri sama-sama kat depan dewan. Mungkin sebab tu air mata jatuh tak henti, muka serius sangat hari tu. Ayah just really had to take a picture of me while crying? Aiyoo. Rembat kat page FB. cr: Kelab Fotografi dan Wartawan Muda SMK Bandar Putra (photographer: Dafinah Azurin) Mungkin betul kata Farhana. Rezeki. Allah Maha Mengetahui, perancang terba

Top 10 Novelis Mutiara Minda

Image
Assalamualaikum, Scroll. Scroll. Scroll. Eh? Ada pertandingan menulis novel? Bila deadline nya? Jap jap. Apa hadiah dia?  Satu hari tu, buka FB macam kebiasaan. Bosan. Tak ada kerja. Tiba-tiba nampak ada sponsored ad daripada page 'Alahai! Mutiara Minda'. Tentang satu pertandingan menulis novel. Rasa teruja. Cepat-cepat klik link tu. Baca syarat-syarat pertandingan. Kebetulan dah ada sebuah novel yang lebih separuh jalan tertulis dan dalam proses disiapkan tanpa pengetahuan sesiapa. Memang ada niat nak diterbitkan dan diketahui. Bila baca slogan pertandingan tu, "Jangan simpan kreativiti anda.. Berikan ia peluang untuk diterbitkan!", memang terasa macam pertandingan tu diadakan memang untuk aku. Haha. Tapi, ada banyak halangan menanti. Novel yang ada baru 50000 lebih patah perkataan. Belum difikirkan tajuknya lagi. Kena ada resit pembelian minimum RM10 kat MPH. Tarikh tutup dah tak lama lagi. Perlu tukar jenis font dan saiz font sedia ada kepada yang dis

Alumni SMK Bandar Putra, Kulaijaya (Class of 2013)

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah. Syukur Allah berikan aku keputusan SPM yang dapat membanggakan ayah dan ibu :') Terima kasih ayah dan ibu yang sabar melayan kerenah angah yang selalu stres, mood tak tentu. Hantar angah pergi kelas tambahan dan tusyen di Minda Prima setiap Selasa, Khamis dan Jumaat. Bawa angah pergi program-program yang dianjurkan sekolah. Angah tak dapat balas semua tu tapi angah harap keputusan ni dah cukup untuk buat ayah dan ibu gembira, bangga dan bersyukur. Terima kasih semua cikgu yang mengajar daripada tingkatan empat hingga lima. Termasuk juga cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya di menengah rendah dulu. Maaf, saya tak ada daya nak berterima kasih kepada setiap satunya. Terkilan tak dapat ucapkan kata-kata itu sebab terburu-buru nak ke Putrajaya hari tu. Insha-Allah saya akan menjejak kaki lagi di sekolah kalau ada kelapangan masa untuk berjumpa cikgu-cikgu. Teringin merakam penghargaan untuk semua cikgu yang dengan sabar mengajar sa