Posts

Showing posts from March, 2014

Top 10 Novelis Mutiara Minda

Image
Assalamualaikum, Scroll. Scroll. Scroll. Eh? Ada pertandingan menulis novel? Bila deadline nya? Jap jap. Apa hadiah dia?  Satu hari tu, buka FB macam kebiasaan. Bosan. Tak ada kerja. Tiba-tiba nampak ada sponsored ad daripada page 'Alahai! Mutiara Minda'. Tentang satu pertandingan menulis novel. Rasa teruja. Cepat-cepat klik link tu. Baca syarat-syarat pertandingan. Kebetulan dah ada sebuah novel yang lebih separuh jalan tertulis dan dalam proses disiapkan tanpa pengetahuan sesiapa. Memang ada niat nak diterbitkan dan diketahui. Bila baca slogan pertandingan tu, "Jangan simpan kreativiti anda.. Berikan ia peluang untuk diterbitkan!", memang terasa macam pertandingan tu diadakan memang untuk aku. Haha. Tapi, ada banyak halangan menanti. Novel yang ada baru 50000 lebih patah perkataan. Belum difikirkan tajuknya lagi. Kena ada resit pembelian minimum RM10 kat MPH. Tarikh tutup dah tak lama lagi. Perlu tukar jenis font dan saiz font sedia ada kepada yang dis

Alumni SMK Bandar Putra, Kulaijaya (Class of 2013)

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah. Syukur Allah berikan aku keputusan SPM yang dapat membanggakan ayah dan ibu :') Terima kasih ayah dan ibu yang sabar melayan kerenah angah yang selalu stres, mood tak tentu. Hantar angah pergi kelas tambahan dan tusyen di Minda Prima setiap Selasa, Khamis dan Jumaat. Bawa angah pergi program-program yang dianjurkan sekolah. Angah tak dapat balas semua tu tapi angah harap keputusan ni dah cukup untuk buat ayah dan ibu gembira, bangga dan bersyukur. Terima kasih semua cikgu yang mengajar daripada tingkatan empat hingga lima. Termasuk juga cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya di menengah rendah dulu. Maaf, saya tak ada daya nak berterima kasih kepada setiap satunya. Terkilan tak dapat ucapkan kata-kata itu sebab terburu-buru nak ke Putrajaya hari tu. Insha-Allah saya akan menjejak kaki lagi di sekolah kalau ada kelapangan masa untuk berjumpa cikgu-cikgu. Teringin merakam penghargaan untuk semua cikgu yang dengan sabar mengajar sa