Top 10 Novelis Mutiara Minda

Assalamualaikum,


Scroll. Scroll. Scroll. Eh? Ada pertandingan menulis novel? Bila deadline nya? Jap jap. Apa hadiah dia? 
Satu hari tu, buka FB macam kebiasaan. Bosan. Tak ada kerja. Tiba-tiba nampak ada sponsored ad daripada page 'Alahai! Mutiara Minda'. Tentang satu pertandingan menulis novel. Rasa teruja. Cepat-cepat klik link tu. Baca syarat-syarat pertandingan. Kebetulan dah ada sebuah novel yang lebih separuh jalan tertulis dan dalam proses disiapkan tanpa pengetahuan sesiapa. Memang ada niat nak diterbitkan dan diketahui. Bila baca slogan pertandingan tu, "Jangan simpan kreativiti anda.. Berikan ia peluang untuk diterbitkan!", memang terasa macam pertandingan tu diadakan memang untuk aku. Haha.

author


Tapi, ada banyak halangan menanti. Novel yang ada baru 50000 lebih patah perkataan. Belum difikirkan tajuknya lagi. Kena ada resit pembelian minimum RM10 kat MPH. Tarikh tutup dah tak lama lagi. Perlu tukar jenis font dan saiz font sedia ada kepada yang disyaratkan. Kena print beratus-ratus halaman muka surat dan mesti dibukukan sebelum dihantar melalui pos. Walaupun banyak sangat kesusahan yang datang, cuba juga kuatkan semangat dan buat sedaya upaya. 

Mula akhir bulan Disember, tanam azam nak tambah lagi 30000 patah perkataan. Terpaksa selitkan macam-macam insiden baru dan perah otak untuk kaitkan dengan cerita sedia ada. Tarikh akhir penghantaran manuskrip 17 Februari. Kalau tak salah, seminggu sebelum tarikh tu, novel tu siap sepenuhnya. Tiba masa untuk halangan seterusnya. Minta tolong ayah belikan ink printer dan kertas A4. Ayah buat tanpa banyak tanya. Mula print 369 muka surat dengan kemudahan yang dah ada. Ada juga ayah bertanya, "Banyak sangat print. Print apa tu?" "Print buku." "Kenapa print? Beli je lah kat kedai buku." "Err. Takpe." 

Bila dah siap print semuanya, kena fikir cara macam mana nak bukukan pula. Sebab tak ada idea manuskrip tu bentuknya macam mana, dengan rendah dirinya pergi google image untuk tengok. Haha. Oh, baru tahu manuskrip tak semestinya binding. Untuk elakkan syak daripada ayah kalau minta tolong bind kan, ambil inisiatif sendiri. Punch helaian demi helaian. Lepas tu, tak tahu nak ikat dengan apa. Entah dari mana, terjumpa tali kasut lama. Sebab tak ada pilihan lain, guna tali kasut tu untuk ikat manuskrip. Sangat inovatif kau, Hannysa. 





Bila tengok gambar-gambar ni, aku rasa malu sangat. Haha. Tak dapat bayangkan reaksi panel hakim bila tengok manuskrip aku yang diikat dengan tali kasut tu xD Orang lain elok je binding manuskrip diorang. Hadoii.

Lepas dah siap binding, cari cara untuk ayah bawa aku pergi MPH. Sebab kena ada resit MPH minimum RM10 kan. Konon cakap nak beli novel. Ayah pun bawa pergi MPH airport. Nasib baik ada MPH dekat sini. Kalau tak, terpaksa merantau pergi CS, tak pun Aeon Taman U semata-mata nak dapat resit tu.

Semua syarat dah dipenuhi. Kali ni, minta tolong ayah bawa pergi post office pula. Sampai sana, terus poslaju. Alhamdulillah, dapat dihantar dua hari sebelum deadline.

Macam tu lah susahnya masuk pertandingan tanpa pengetahuan sesiapa tapi memerlukan bantuan transport. Terima kasih kat ayah yang setia bawa angah pergi mana angah nak pergi. Walaupun angah tak beritahu kenapa. Waktu nak pergi post office tu lah paling susah nak cover. Ayah asyik tanya, kenapa nak post benda tu. Nasib baik pandai silat, tepis semua soalan tu supaya tak bocor rahsia.

Tanggal 17 Mac, tengah sibuk fotostat bahan cikgu kat koperasi, phone berbunyi. Tak diangkat sebab nak cepat siap fotostat tu. Waktu balik dah dekat. Kali kedua phone berbunyi baru angkat. "Nurhannysa bt Mohd. Yusaa? Tahniah, awak tersenarai dalam top 10 pertandingan Top Novelis Mutiara Minda. Awak dijemput ke PICC pada 20 Mac ni untuk menerima hadiah." "Eh, tapi saya kena ambil result SPM hari tu nanti." "Oh, ya ke? Majlis diadakan 8 malam. Boleh hantar wakil kalau macam tu." "Malam? Malam boleh kot. Insha-Allah saya datang." "Okay, boleh datang ye? Good luck untuk result SPM."

Time tu jugalah ada budak nak beli lencana. Terpaksa suruh dia tunggu aku habis cakap kat phone tu. Bila dah habis tu, badan dah menggigil. Datang pula budak nak beli set LKJ. Haha. Lawak betul. Sebelum phone call tu, tak ada pula yang nak singgah koperasi.

20 Mac. Lepas ambil result, aku cepat-cepat siap. Takut tak sempat. Dalam pukul 3 baru gerak. Sampai rumah Cik Na nak dekat pukul 7. Tukar baju semua, pergi PICC. Sampai sana, pergi Hall A. Duduk kat meja yang dah ada orang. Kak Long sampai tak lama lepas tu. Sebenarnya, hanya boleh bawa 1 guest je. Orang lain bawa satu guest je semua tapi aku bawa sampai 3. Haha. 



Tunggu lama. Lepas tu Tan Sri Dr. Rais Yatim dan tetamu-tetamu VIP datang dengan pancaragam. Lepas tu, semua dijemput makan bufet. Tengah aku makan tu, ada seorang reporter perempuan daripada The Star datang interview. Dia tanya jalan cerita novel tu. Susah nak terangkan sebab dia Chinese dan tak faham sangat BM. Akhirnya, dapat habiskan explanation. Tiba-tiba dia tanya favourite line dalam novel aku. Ya Allah, blur nya time tu. Tak boleh nak fikir apa. 

Dia ended up interviewing another person dan bagi aku masa untuk fikir. Bila dia tanya aku balik semula, aku pun cakaplah line yang paling aku ingat. Bukan favourite eh. "And if this is not a fairytale, why are you in my arms?" Erghh, ketawa dia dengar ayat tu. Awww~ Macam tu ekspresi muka dia. Lawak betul. Lepas tu dia cakap, "Husband I tak pernah pun cakap macam tu. Husband you pernah?" Sambil tengok ibu. Ibu geleng kepala xD Lawak kay, lawak.

Dato' Abdullah bin Abdul Rahman made a speech, followed by Tan Sri Dr. Rais Yatim. Lepas tu, penyampaian hadiah untuk The Best of 2013. Lepas tu, baru slot Mutiara Minda. Datin Dora namanya kalau tak salah, buat speech. Dan pengumuman pemenang lepas tu. Mula dengan saguhati. Dua nama disebut, lepas tu nama aku. Syukur nama aku betul, tapi nama ayah pula dah tukar. Hahaha. 

Yusana? Aiyoo~ Haha

Naik pentas dan terima hadiah. Time tunggu orang naik pentas tu, Dato' Abdullah dan Datin Dora pandang aku tiba-tiba dan tanya, "Ini buku awak yang pertama?" "Ya." Mereka tersenyum lepas tu sambil cakap benda yang sama, "Awak muda. Boleh tulis lagi." Rupa-rupanya ayah nampak aku ketawa dengan mereka. Terharu dapat jadi peserta termuda top 10 seluruh Malaysia. 




Ini hadiah-hadiahnya;


Sebelum balik tu, ambil gambar dan tiba-tiba ada seorang kakak ni datang dekat. "Hannysa kan? Jangan berhenti menulis ya. Macam mana result tadi?" "Alhamdulillah, straight A." "Wahh, tahniah. Pandai. Nak salam lah ambil berkat." Aku rasa tu Kak Dayana yang call aku hari tu. Dia tolong ambilkan gambar aku dan family.

Abaikan perbezaan ketinggian aku dengan Kak Long. Kak Long pakai heels. Tak aci  >.<




Juara dan pemenang tempat ketiga duduk kat meja yang sama dengan aku dengan lagi seorang kakak yang dapat saguhati juga. Juara tu dah banyak menulis buku akademik dan itu novel keduanya. Dah terkenal juga. Sebab aku tengok ramai yang komen ucap tahniah pada dia kat post pengumuman top 10 kat FB. Akak yang dapat tempat ketiga tu pula, umurnya 29 tahun tapi muka macam baru seusia Kak Long. Peramah. Berbual dengan ibu. Dia datang dengan abangnya. Reporter The Star tu boleh pula kata, "That's your father, right?" Ahaha. Kesian abang akak tu. Akak bercermin mata yang dapat saguhati tu pula umurnya 25 tahun. Berdiri sebelah aku atas pentas tu. 

Masa kat atas pentas, naib juara, seorang India lelaki, datang ucap tahniah kat pemenang-pemenang saguhati, bersalam dengan dua orang lelaki kat sebelah aku. Lepas tu, dia hulur tangan nak salam dengan aku dan kakak-kakak kat sebelah aku. Aku tundukkan kepala. Terharu peserta-peserta top 10 semuanya baik-baik.



1st place: Saat Terlalu Cinta
2nd place : Di Ambang Penemuan (satu-satunya peserta bukan Melayu. Hebat)
3rd place: Anugerah Muzik Terhebat

Dalam perjalanan balik JB, ibu kata waktu dia berbual dengan Kak Anita dan Kak Noraziah, diorang ada cakap, "Anak Cik ni berbakat besar. Sebab dia peserta termuda kat sini. Dia ada banyak masa lagi." Terharu dengar macam tu. 

Sebenarnya, aku mula menulis novel ni waktu darjah enam. Lepas UPSR kalau tak salah. Dalam komputer. Tapi komputer tu selalu rosak. Fail semua hilang. Tapi aku tulis balik semula. Rosak lagi. Hilang lagi. Tulis semula. Masuk form 1, aku mula tulis dalam buku log. Dari situ, novel tu mula berkembang. Bila ada masa terluang, aku akan tulis. Tapi masuk form 5, aku berhenti, nak tumpukan pada SPM. Tamat SPM, aku tulis sampai habis. Tak ada sesiapa tahu aku menulis. Family aku pun tak tahu. Tapi waktu form 2 dan form 3, aku ada bawa buku log tu pergi sekolah dan bagi kawan-kawan baca. 

Bukan berniat nak sembunyikan tapi takut diketawakan. Rendah diri, kurang keyakinan. Sebab tu bila aku beritahu yang aku berjaya jadi top 10 pertandingan ni, semua orang tak sangka. Moral of the story, jangan takutkan cakap-cakap orang yang boleh melunturkan semangat kita. Kuatkan tekad, semua manusia ada potensi dan kebolehan tersendiri. Cuma kena berusaha untuk serlahkan kedua-duanya.

Terima kasih semua yang menyokong. Terima kasih semua yang mendoakan. Insha-Allah tak akan berhenti setakat di sini. 

Blog ini akan jadi tempat berkongsi isi novel itu nanti. Bab demi bab akan diterbitkan di sini. Insha-Allah. Dan untuk yang malas nak tunggu, bagi pendrive je lah.




Comments

  1. Tlg add wechat ni"camiesyamim". Ad pkara nk tny. Kalau sudi add la ea. Nk tny psal novel jgk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Redang Mutiara Beach Resort: A Review (July 2017)

First Year Dietetics: Subject Summary

Special Unit: Institut Jantung Negara