Alumni SMK Bandar Putra, Kulaijaya (Class of 2013)

Assalamualaikum,


Alhamdulillah. Syukur Allah berikan aku keputusan SPM yang dapat membanggakan ayah dan ibu :')


Terima kasih ayah dan ibu yang sabar melayan kerenah angah yang selalu stres, mood tak tentu. Hantar angah pergi kelas tambahan dan tusyen di Minda Prima setiap Selasa, Khamis dan Jumaat. Bawa angah pergi program-program yang dianjurkan sekolah. Angah tak dapat balas semua tu tapi angah harap keputusan ni dah cukup untuk buat ayah dan ibu gembira, bangga dan bersyukur.




Terima kasih semua cikgu yang mengajar daripada tingkatan empat hingga lima. Termasuk juga cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya di menengah rendah dulu. Maaf, saya tak ada daya nak berterima kasih kepada setiap satunya. Terkilan tak dapat ucapkan kata-kata itu sebab terburu-buru nak ke Putrajaya hari tu. Insha-Allah saya akan menjejak kaki lagi di sekolah kalau ada kelapangan masa untuk berjumpa cikgu-cikgu. Teringin merakam penghargaan untuk semua cikgu yang dengan sabar mengajar saya yang selalu menyusahkan dan merisaukan hati cikgu-cikgu. Allah saja yang tahu betapa terhutang budinya saya dengan jasa dan bakti yang cikgu taburkan. Semoga Allah membalas dengan pahala yang berpanjangan. Ameen. 


Terima kasih kawan-kawan. Sebab banyak membantu. Menjawab segala pertanyaan dan persoalan yang berlegar-legar di minda. Tanpa bantuan kalian, kefahaman tak dapat dicapai. 


Kalau boleh nak ambil gambar dengan setiap seorang batch 96'. Tapi nak buat macam mana, tak ada kesempatan. Ni je pun yang sempat. Shahirah, why you tak suka ambil gambar :((

Photo: cheerful


Tahniah,kawan-kawan. Apapun keputusannya, kita tahu kita dah berusaha sedaya upaya. Allah ada rancangan yang terbaik untuk kita. Teruskan usaha menuju berjaya. Terkilan juga tak dapat ucap salam perpisahan pada semua. Terkilan tak dapat rakam kenangan yang boleh disimpan dan ditatap di hari kemudian sebab kena cepat hari tu. Pasti akan merindui zaman sekolah. Pasti akan merindui kalian. Bila nak buat reunion? Haha :')







Thanks ayah sebab jadi jurugambar peribadi kepada anaknya :)

Malam sebelumnya, alhamdulillah dapat tidur juga. Bangun pagi esoknya, jantung terus berdebar. Sampaikan nak bernafas pun rasa bersalah. Makan dah tak terjaga. Lapar pun tak terasa apa. Semuanya sebab gerun. Nervous. 

Waktu beratur kat ampitheatre, tunggu masa untuk berarak masuk, ramai yang dah mula check keputusan melalui SMS. Tapi tabahkan dan sabarkan hati tak nak check dulu. Nak tahu nanti. Officially. Tengok diorang dah lega, aku masih berdebar-debar. 

Duduk tunggu ucapan selesai, rasa tak senang. Sekejap minum air, sekejap makan gula-gula. Tak tenang juga. Tiba-tiba Cikgu Hemeelia datang dengan berita, ada 53 orang perfect scorers dan 5 daripadanya orang Melayu. Waktu tu, dah rasa nak menangis sebab peluang sangat tipis yang aku salah satu. 

Baris demi baris naik atas pentas dan duduk semula dengan slip keputusan, makin lama makin berdebar. Bila baris tempat aku duduk disuruh bangun, rasa macam jantung dah keluar dari rib cage.

Naik pentas, terima slip, PPD Kulaijaya cakap, "Tahniah." Lidah kelu tak terbalas dengan terima kasih. Sebab sangka semua dapat ucapan tu. Jalan turun pentas, masih dengan muka nervous, tak berani buka dan tengok slip. Cadang nak tengok bila dah duduk semula. Tapi tiba-tiba Cikgu Manjula dan Cikgu Suraya Othman menerpa sambil tersenyum dengan ucapan "Tahniah,Hannysa." Waktu tu dah tertanya-tanya. Cikgu Suraya kata, "Cikgu dah tahu." Kat situ juga beranikan diri buka dan tengok slip. Bila tengok sembilan alphabet yang sama, rasa terharu, terus menangis kat situ. Air mata mencurah-curah sambil berjalan pergi belakang dewan. Ayah berdiri kat situ. Makin deras lah air mata itu.

Berhenti betul-betul depan budak-budak form 5 yang bersila, duduk atas lantai. Ayah tengok slip, panggil ibu yang masih duduk, dan aku terperangkap dalam pelukan mereka. Ayah sempat ambil gambar aku menangis masa tu. Bila fikir balik, malu, junior tengok aku menangis macam tu. Tapi terbit rasa bersyukur sebab dapat jadi contoh yang baik kepada mereka dan membakar semangat untuk SPM tahun ni.

Banyak kamera ambil gambar perfect scorers. Lepas tu ada sesi fotografi kat astaka. Gembira dapat ambil gambar dengan semua :') 

Semua orang dah pergi, tinggal seorang kat situ, tak tahu mana semua orang pergi. Tiba-tiba Cikgu Suraya Othman panggil, suruh turun bawah. Ingatkan nak ambil gambar lagi. Bila tiba kat bawah tu, baru dapat tahu, akan kena interview. Haha. Ada seorang Indian boy (Thiynes) dan seorang Chinese girl (lupa namanya). Tiga orang abang tu, dengan kamera dan mikrofon. Tiba-tiba dia suruh aku yang cakap dulu. Terkaku kat situ. Nasib baik dia bagi aku suruh Thiynes dulu. 

Thiynes was flawless. Lepas tu, that Chinese girl. She did well too. Tiba giliran aku, abang tu suruh sebut nama, nama sekolah, rahsia kejayaan, nasihat untuk juniors. I was doing okay before I started talking about 'rahsia kejayaan' dan nasihat untuk juniors. Sebab tak percaya boleh dapat keputusan macam tu, cara belajar yang tak patut dicontohi, aku cuma berterima kasih pada semua cikgu. Tiba-tiba keluar air mata. Tak dapat nak control. Entah kenapa. Thiynes said, "Relax relax." Haha. Bagus betul kau Hannysa. Diorang okay je cakap. Kau pula yang feeling melebih. Abang tu cakap, "Eh, takpe. Baru nampak real." Hadoii. Dah lah dia rakam. Mana entah dia nak bawa footage tu. Harap tak diterbitkan kat mana-mana. Buruknya muka menangis.

After all those dramas and embarassing moments what with a very cringy 'speech' and lack of self-control not to mention very lack of quick thinking skills, I met with Nani, Nabilah, Fatin, and took some pictures together. Yes, with a pair of teary eyes. 





Tahniah Farhana. Tahniah Farahin. Tahniah Aimi. Tahniah Nadia. Tahniah Musfirah. Tahniah kawan-kawan perfect scorers. Tahniah batch 96'. Tahniah tahniah tahniah kat kita semua sebab berjaya tamatkan zaman sekolah. Last but not least, tahniah Hannysa :')




Comments

  1. Ehhhh Hannysa tahniah jugak! Jalan2 bace novel kat blog hannysa terbaca post ni :p terharu pulak hannysa cakap tahniah kat kita. :') ekekekekke good luck for your future!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Good luck jugak untuk next stage in life ^^ Thanks singgah blog tak seberapa ni, Aimi. Baca novel tu ke? Alamak, malunya. Haha :D

      Delete
  2. Klau sudi tlg add wechat ni. "Camiesyamim". Ad pkara nk tny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Redang Mutiara Beach Resort: A Review (July 2017)

First Year Dietetics: Subject Summary

Special Unit: Institut Jantung Negara