You're as Judgemental as I Am (A Book Review: Anthem by Hlovate)

Assalamualaikum,


Just finished reading Anthem by Hlovate. It took me 3 days of reading.
Betul lah. Kalau dah hantu novel, novel lapan ratus pages pun boleh khatam sekali baca.
Tapi 3 hari tu pun dah kira lama for a 593 pages novel.
Tahu. Aku baca macam aku makan. Slow. (ceh, ye kan aje :P)


One of the many topics yang Hlovate kupaskan, pasal manusia dan sikap suka menghakimi. Aku rasa itu topik utama novel ni. Memang. Mana ada manusia kat dunia ni yang tak pernah judge orang even dia tu alim ke, manusia tetap manusia, bukannya sempurna, cuma level hampir kesempurnaan tu je yang varies. Ikut fields juga. Agama, keimanan pada Tuhan, personaliti, rupa, etc.

Cuba ingat balik, pernah tak nampak orang yang pakaiannya ala goth, dengan kukunya warna hitam, celak habis keliling mata, rambut warna biru ungu semua ada, tindik telinga beribu riban, dalam hati dah terdetik, "Eish, stok2 budak jalanan kurang kasih sayang dia tu." "Nampak sangat tak reti solat." "Entah-entah alif ba ta pun dia tak reti baca." 

Fikir lagi, pernah tak nampak orang pakai tudung labuh, berjubah, kasut bertutup, berpurdah pula, confirm terus buat konklusi, "Ahli syurga dia ni." "Mesti anak orang baik-baik." "Koman-koman pun mesti dah pergi haji tak pun umrah 2 kali." 

Bukan nak kata orang yang menutup auratnya dengan sempurna tu ada udang di sebalik batu semata tapi manalah kita tahu. Ada je yang pakai tudung sebab nak fit in atau nak ikut trend. Ada juga yang pemakaiannya tak sempurna (tak betul-betul tutup aurat). Ramai juga yang bertudung tu buat maksiat. Berkhalwat, berdating, berpegangan tangan segala. Entah-entah orang yang goth tu lagi baik daripada yang bertudung labuh tu. Ada possibilities. Mungkin itulah kebaikan menjaga penampilan luaran. Akan disanjung orang. Dipandang mulia. Tapi adakah orang yang berpakaian tak sempurna itu jijik? 

Mentaliti ramai lebih gemar menjauhi mereka yang nampak out of place. Put that goth in a group of hijabis for example. Yakin ke akan ada yang nak berkawan dengan dia? Mungkin ada yang terdetik nak menegur tapi takut disalah anggap dan dikecam oleh komuniti majoriti kat situ. In the end, that goth becomes a loner, loser with no friends, lebih hanyut dalam dunia dia sendiri. Sebab tak ada yang nak menolong, nak menarik tangan dia bagi jalan macam ketam-ketam yang lain (eh, ketam pula tiba-tiba).

Saw this on Facebook. Sumpah goosebumps tak pakai loceng amaran.

Kalau golongan yang out of place tu macam Nur Dania Dashrin atau Dash, yang jenis usaha sendiri untuk cari kebenaran, beruntunglah dia. Tapi kalau yang tak tahu nak mula macam mana, simpati padanya. Lagipun, Dash ada pembimbing dan tempat nak bertanya. Kak Jiji di Malaysia. Kak Trisy di Aberdeen. Kalaulah kita semua ada 'pendamping' yang macam tu. Yang mahir selok-belok agama, yang tahu nak menyebarkannya macam mana, yang tak prejudis dengan siapa-siapa, menolong ikhlas tak minta balasan apa-apa. Aman dunia ni. Semua orang berpeluang jadi baik. Berpeluang untuk belajar. Tapi itu semua memang wujud pun. Cuma usaha tu. Dzatiyah (inner push) dan mujahadah (to strive). Tak boleh nak mengharap orang lain je. Diri sendiri yang nak diubah kan?

"If you feel ignorant and stupid, find a way to learn. Don't curse those who are calling you ignorant and stupid. Find ways to prove them wrong. That, is satisfaction."

Lagipun, kita semua tak dibesarkan dalam environment yang sama. Takkan nak salahkan dia aje. Tahulah awak tu dibesarkan oleh mak ayah yang practicing Muslims. Salah dia ke kalau parents dia jenis Muslims pada nama sahaja? Bukan nak salahkan mak ayah dia 100% juga. Habis tu? Nak salahkan siapa? Yang penting bukan salah ibu mengandung ;)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih seperti kain putih. Ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi."
Jangan berfikiran macam diri kita tu sentiasa betul dan orang lain ada je kita nampak salah mereka. Even benda yang kita always buat tu dah macam satu norma dalam masyarakat dan walaupun benda tu salah dah tak nampak salah dah.

"We are defined by what we believe in. Identity is shaped by what we believe is right. Culture is cultured, pun intended, by what we believe is right."
Dan yang out of place tu janganlah rasa salah sentiasa. Tak semestinya bila semua orang di sekeliling buat macam tu, benda tu betul, dan tak semestinya awak seorang je yang buat benda tu dan orang lain tidak, benda tu jatuh salah.

"Wrong is wrong even if everyone is doing it. And right is right even if you're the only one doing it." 
Orang yang dulunya tak berapa baik, apabila dia ada usaha dan keinginan nak berubah, janganlah ungkit kejahilan dia yang lepas. Judging a person from their past when they're on the verge of being better, that's stupid. Senang cakap.

"To be judged of what you were is just as unfair as a butterfly being judged while it was a caterpillar."
"The past matters. But only as a reference point untuk tengok sejauh mana kita dah berubah. The past is nothing but a force to drive you forward. Do not let your past dictates you."
"Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future." 

All these being said, aku bukanlah baik, alim sangat. Banyak je yang aku lacking. Sebab tu, lepas baca novel ni, terasa bermotivasi nak ke arah yang lebih baik. Nak cari kat mana my own Kak Jiji or Kak Trisy ek? Banyak kali terasa kat certain issues yang dibangkitkan. Tak perlu nak nyatakan yang mana kot. Jelas dah kat situ. Banyak sangat flaws kau, Hannysa. Bila nak jadi macam Dash? Mana dzatiyah kau? Mana mujahadah kau? 

Bukan nak menunjuk. Sekadar berkongsi apa yang dapat aku tuai daripada apa yang dibaca. Semoga ilmu ni tak sia-sia. Tak rugi pun kongsi input kan? I know I am not in the position to give people advice about this but I just thought I needed to talk about the topic of being judgemental. Sebab aku alah sikit dengan andaian-melulu-tanpa-usul-periksa-dan-bukti-yang-kukuh ni. Sila baiki diri anda (yes, I'm talking to you, Hannysa).

The key point of the story, jangan cepat sangat menghakimi dan menjatuhkan hukum pada seseorang. Kita pun bukannya betul sangat lagi. Nama pun manusia. Nobody's perfect, ye dak?

"Don't be in such a hurry to condemn a person, because he doesn't do what you do, or think as you think or as fast. There was a time when you didn't know what you know today."

Nah, baru baca novel dah melalut macam-macam. Tu belum baca buku motivasi yang betul-betul lagi. Entah macam mana gaya aku melalut agaknya nanti. Sebab tu kata nak jadi psychologist bagai. Nak psiko orang. Hehe. Tak ada lah. Bukan melalut. Useful knowledge. Tak ke?

Akhir kata, 
"If I'm ugly, then you're not so pretty too."



That, and Hlovate is seriously so awesome! (I still don't get how Hlovate boleh buat macam dia pernah lalui semua benda yang watak-watak dia lalui tu dan is Hlovate a he or a she? Tak pernah tahu. I take a wild guess Hlovate's a she. Ceh, confident je. But one thing I know, his/her taste in music is unlike mine. Jauh beza. Macam Antartika dengan Gurun Sahara). 

Till then.  






Comments

Popular posts from this blog

Redang Mutiara Beach Resort: A Review (July 2017)

First Year Dietetics: Subject Summary

Special Unit: Institut Jantung Negara