2nd Rotation: Ward 7C (Encik Asri)

Assalamualaikum,


So, I finally broke my 'Enter' button. Taylor has been doing so well, berbakti entah dah berapa tahun tak pernah buat masalah. Walaupun tak pernah housekeeping, tak pernah meragam, alhamdulillah. Cuma sikit2 jelah dia hang kadang2 tu bila lama sangat buat kerja2 fyp haa nak suruh tuan dia berhenti rehat lah tu gamaknya. Anyway, I finished my second rotation, the last IPD 1 punya rotation. Esok start OPD 1st rotation pulak. Fuh, totally do not know what to expect. Tapi dah tahulah OPD ni tak sama dengan IPD. How so? Nantilah cerita lepas habis 3rd rotation haha.

7C. Mula2 dah cuak dah sebab fikir mesti banyak gila case/referral since the group before us was soooo busy. Tiba2 masa first week kat ward ni, gersang je bedside referral takde untuk group aku. Group yang dulunya kat 7C dan dah tukar pergi 6B tu pulak dapat bertimbun-timbun kes kat wad yang masa kitorang pegang selalu lengang takde kes xD I don't know if we're just very unfortunate or very lucky. Probably a bit of both.

*gosh, guna on-screen keyboard ni leceh betul lah*

Encik Asri was very busy dengan HPUPM yang tak lama lagi nak bukak tu. Selalu ada meeting, bengkel so kitorang kena make do and buat kerja2 kitorang sendiri. Independently. 

The thing I notice about Encik Asri was how creative his way of thinking is. He tries to find practical solution instead of cuma bagi intervention yang formal kat patients. Betul lah, sebab kalau setakat bagi education/knowledge, tapi tak suggest macam mana the easiest way nak apply knowledge tu, tak guna jugak. He taught me to think out of the box. Bukan setakat fikir/tekankan theory semata. Patients tu dah lah sakit, diorang takde masa nak fikir alternatif terbaik. So, kita permudahkan semuanya, kita yang tolong fikirkan.

Kat 7C ni macam2 kes ada. Banyak kes DM, ESRD, CKD, RVD pun ada, yang paling rare: liver cirrhosis. Even Miss Dila cakap kes macam ni jarang jumpa, so I was lucky to have handled one. I learnt massively from that one case. Patient tu pulak jenis sporting. I think he was one of the reasons why I got good comments/reviews regarding my counselling skills from my peers and CI. Sebab he was so cooperative and responsive, I mimicked his energy. Aku perasan  yang kalau patient tu jenis diam, tak respon sangat, aku jadi lebih timid, and when I am timid, it comes off as awkward and formal. So yeah. Harap2 masa bedside exam nanti aku dapat patient yang macam patient liver cirrhosis tu. Aamiin.

Anyway, patient yang paling bagi impact, of course patient RVD positive yang aku jaga daripada 19 September sampai habis rotation. Patient Ryle's Tube. Sebab aku nampak improvement dia daripada tak boleh bercakap/bergerak sangat, lemah sampailah dah boleh cakap coherently, siap mintak nak makan nasi sebab dia tak suka bubur. Pelik jugak aku tengok sebab mulut dia berdarah teruk hari tu tapi ni dah hampir sembuh. Miracle. The last day I followed up the patient, I got the chance to bancuhkan Ensure Gold and bagi dia minum guna straw. Allahu, dua kali sedut je dah habis. Memang dia boleh makan solid lah jawabnya. Ada pulak nurse baik yang tolong belikan bihun goreng kat kafe bawah and suapkan pakcik tu. Mungkin ye lah, sebab pakcik tu dah sebulan lebih kat wad tapi takde orang datang tengok pun. Sedih.


Soo, yeah. I had an amazing experience for IPD 1. Quite anxious nak masuk OPD sebab kena laju kira and terus bagi intervention. I hope I would do great.

Fuh. Bismillah.









Comments

Popular posts from this blog

Redang Mutiara Beach Resort: A Review (July 2017)

First Year Dietetics: Subject Summary

Special Unit: Institut Jantung Negara