Bachelor Science Dietetics: MidSem Break the Sixth



Image result for tumblr girl no face

Assalamualaikum,



Sem 6. Nak habis dah pun. Lepas ni start LI. Tapi sebelum tu, serabut dulu dengan FYP. Sumpah. Setiap stage cabaran lain2. Sekarang dah kat stage nak analyse. Apa cabaran?

1. Dr nak suruh siapkan dalam seminggu je sebab nak hantar abstract pergi conference.
2. Nak kena analyse scoring instrument yang sangat baru in which tak banyak rujukan. So, I need to search for people yang reti guna. Problem is, memang ada student master yang tengah buat M-HEI & FFQ, tapi dia pun tak sure pasal banyak benda. We are both still learning this thing.
3. Partner FYP aku kat Vietnam sekarang. Mobiliti kat sana. Terkapai-kapai aku kat sini sorang-sorang nak fahamkan semua benda. I should get extra credit kot aihh.
4. I need to study for my midterm naik cuti ni. Also, ada presentation minggu lepas cuti.



Awal cuti hari tu aku pergi Cameron Highlands. Pergi Jumaat, Sabtu dah balik. A short, sweet escape dengan my girls from PALAM. Ateng, Adaa & Izzah. Gila. Dah lah kitorang mostly pergi tak bagitau parents (I informed mine though, walaupun lambat xD). First time drive naik Cameron, cuak jugaklah, tapi alhamdulillah semua selamat. Pergi Strawberry Farm, pasar Brinchang, Ladang Teh Boh Sg. Palas, makan steamboat. 

Lepas tu hantar Izzah kat PALAM, semua meroyan sebab rindu tempat tu. Our Asasi time there was great despite being only 10 months. Tumpang bilik Adaa kat UiTM Shah Alam for a night. Pagi esoknya breakfast dengan Shahirah yang aku dah tak jumpa 2 tahun. I figured since I was already in Shah Alam, I should pay her a visit. We caught up with each other's life sambil makan kat mamak. 

Tengahari tu pergi Skytrex pulak. Extreme Challenge. I thought it was going to be harder. It seems that I am quite an iron lady. Walaupun aku mengeluh sebab kena panjat tangga haha. The obstacles were at most moderately challenging. None that I couldn't conquer. Maybe I'm a born-monkey lol. Jalan atas tali in between two tall trees pun macam strolling in the park xD Habis je Skytrex, singgah kolej ambil barang & mandi, lepas tu terus drive balik Johor. 5 jam sebab jammed.

Sampai rumah je aku dah drained of energy. 

But then, it was the most amazing weekend. Paling produktif. Paling fun. Tapi sekarang masa untuk hadap realiti. Aku kena analyse data.... Well, pray for me ;)












Comments

Popular posts from this blog

Redang Mutiara Beach Resort: A Review (July 2017)

First Year Dietetics: Subject Summary

Special Unit: Institut Jantung Negara