Asasi UiTM Puncak Alam (Jun 2014-April 2015)
Assalamualaikum, Berdirinya aku di sini, sebagai seorang bekas palamian, nak cakap pasal tempat aku belajar untuk 10 bulan tu. UiTM Puncak Alam atau lebih familiar dengan nama PALAM. Bukan palam socket tu ya adik-adik. Puncak Alam. Hence, PALAM. SPM LEAVERS: "WHERE DO I GO FROM HERE?" Honestly, lepas habis SPM , aku buntu tak tahu nak sambung belajar kat mana. Mana lagi aku nak rujuk kalau bukan dekat internet kan? Aku rasa tak ramai yang terdedah dengan pilihan sambung belajar ni sebab kat sekolah dulu kita cuma tahu belajar je. Skema je. Buat homework je. Baca buku je. Ceh, ye ke? So, apa aku nak cakap kat sini, kita tak didedahkan sangat dengan benda ni. Ni lah nak tolong sikit. Setakat apa yang aku tahu. Basically, ada 4 pilihan. 1) Asasi 2) Matriks 3) Form 6 4) Diploma Result SPM pun dah dapat kan? Naturally, orang akan kata kalau someone tu dapat result level cemerlang, suruh dia masuk asasi tak pun matriks. Tapi, boleh je kalau nak sambung fo...