Asasi UiTM Puncak Alam (Jun 2014-April 2015)

Assalamualaikum,


Berdirinya aku di sini, sebagai seorang bekas palamian, nak cakap pasal tempat aku belajar untuk 10 bulan tu. UiTM Puncak Alam atau lebih familiar dengan nama PALAM. Bukan palam socket tu ya adik-adik. Puncak Alam. Hence, PALAM. 

SPM LEAVERS: "WHERE DO I GO FROM HERE?"

Honestly, lepas habis SPM , aku buntu tak tahu nak sambung belajar kat mana. Mana lagi aku nak rujuk kalau bukan dekat internet kan? Aku rasa tak ramai yang terdedah dengan pilihan sambung belajar ni sebab kat sekolah dulu kita cuma tahu belajar je. Skema je. Buat homework je. Baca buku je. Ceh, ye ke? So, apa aku nak cakap kat sini, kita tak didedahkan sangat dengan benda ni. Ni lah nak tolong sikit. Setakat apa yang aku tahu. Basically, ada 4 pilihan.

1) Asasi
2) Matriks
3) Form 6
4) Diploma

Result SPM pun dah dapat kan? Naturally, orang akan kata kalau someone tu dapat result level cemerlang, suruh dia masuk asasi tak pun matriks. Tapi, boleh je kalau nak sambung form 6 dengan dip. Prinsip yang aku sentiasa uphold, "Mana-mana pun kau belajar, kalau kau sungguh-sungguh, insha Allah kau boleh berjaya." So, sangat tak relevan semua stereotaip pasal tempat-tempat kau nak sambung belajar tu. Apa beza 4 pilihan tu? As far as I know,

1) Asasi (jangka masa setahun atau kurang, lepas tu kena terus sambung degree, tak boleh apply kerja hanya sebab dah ambil asasi, kira macam fast lane lah jugak)
2) Matriks (based on apa yang kengkawan matriks aku bagitau, ada 2 jenis, ada yang setahun je, ada yang 2 tahun, tengok kau dapat yang mana, sama macam asasi, kena terus sambung degree, tak boleh apply kerja dengan sijil matriks)
3) Form6 (2 tahun kalau tak silap, kena ambil stpm. Kurang tahu pasal yang ni. Maaf)
4) Diploma ( jangka masa 3 tahun? Kalau tak salah. Boleh apply kerja dengan sijil diploma even kalau tak nak sambung degree, tapi kalau sambung degree, dalam 1 atau 2 tahun kot. Kalau asasi dengan matriks 4 atau 5 tahun degree ikut course yang diambil)

Okay, dah faham yang tu, now nak cerita pasal Asasi PALAM. 

WHY DID I CHOOSE ASASI PALAM? 

Kat PALAM ada 2 jenis asasi.

Asasi Sains & Asasi Engine

Aku Asasi Sains.

Sebenarnya, aku pilih asasi kat sini sebab aku tak ada cita-cita spesifik time lepas SPM. Kengkonon dulu lagi kecik nak jadi doktor tapi bila dah meningkat remaja, aku tak rasa macam itu yang aku nak. So, untuk selamat, aku pilih asasi sains PALAM. Kenapa aku kata macam tu? Sebab, asasi sains ni tak spesifik. Sains secara keseluruhan. Kalau kat PASUM, ada Sains Hayat, Sains Fizikal. Asasi tu spesifik. Aku tak nak macam tu. Entahlah nak cakap macam mana. Sebab kalau belum ada arah tuju tetap, susah sikit nak plan. Sebab tu pilih yang lebih general. Kakak aku ex PASUM, so dia ajak jugak aku masuk situ sebab result aku pun dah straight. Truthfully, aku dah pergi interview untuk PASUM, tapi sebab kat iv tu aku cakap aku letak PASUM 2nd choice dan PALAM 1st choice, terang-teranglah diorang tak nak amik aku. Haha.

Sebab lain kenapa letak PALAM 1st choice? Sebab lepas buat research online, aku dapat tahu PALAM punya kolej sangatlah selesa. Sebab PALAM ni pun agak baru. Bilik besar. Kolej kitorang memang serupa apartmen. Ada 4 bilik (satu bilik 2 orang), satu toilet yang dipecahkan kepada 3. So, tak berebut. Ada ruang tamu. Cuma dapur je takde. Sebab memang tak dibenarkan memasak kat kolej. 





Ampaian ni dah pindah masuk dalam pun. Kalau hujan pun boleh basuh baju. Even more reason to love PALAM. Hee



Lagipun, aku tak nak masuk PASUM. Bukan sebab aku tak suka PASUM eh. Don't get me wrong. Tapi aku nak try belajar kat tempat yang kakak aku tak pernah belajar. Bosan ah asyik ikut kakak aku belajar kat tempat dia jejak dulu. Mana-mana pergi, mesti orang kenal aku sebab dia. Ceh, kengkonon nak dikenali sebab diri sendirilah ni. Tak nak asyik dengar "Awak adik Halysa eh?" Muak jugak dengar ayat tu. HAHAHA.

WHAT DO YOU NEED TO KNOW ABOUT ASASI PALAM?

Macam yang aku cakap tadi, ada 2. Asasi Sains & Asasi Enjin. Tapi sebab aku ambil Sains, aku nak cakap pasal yang tu je lah. Tapi dua-dua ni akan ada 2 semester. Satu semester makan masa 4 bulan. Akan ada cuti mid sem, cuti Sabtu Ahad tu biasalah.

Korang akan dibahagikan kepada group of maybe 30 people, kira macam sistem kelas. Nanti sorang dilantik jadi class rep, akan dipertanggungjawabkan bagitau kalau kelas cancel ke, edarkan handout, photostat nota, kira macam ketua kelas lah ye. Setiap group pula akan ada seorang lecturer yang jadi mentor. Kira macam guru kelas. Yang boleh jumpa bila-bila untuk bagitau apa-apa masalah semua boleh rujuk mentor lah.


Ni mentor kitorang yang paling sporting. Lecturer Physics. Sir Megat Mohd. Izhar. Peminat tegar Lopa dengan Wawa Zainal. Selalu petik nama diorang kalau bagi contoh kat depan. Obses dengan Dragon Ball jugak. Kamehameha. Haha. Bekas rocker ni. Pandai main gitar. Pernah main gitar dalam kelas sebab nak tunjuk Standing Waves, dapat request kitorang, Semegat main lagu Full House. Tapi sayangnya dia kata ni tahun terakhir kat PALAM sebab dia nak sambung belajar kat UKM. So, pity you tak dapat jumpa this amazing man. 





Dalam lecture hall pula, akan digabungkan sama ada 3 atau 5 group. Tengoklah nasib korang macam mana. Kalau yang 5 group tu, lecture hallnya besar sikitlah daripada yang 3 group. Cuma untuk CTU dan ELC, lecture untuk satu group je iaitu kelas korang tu lah.

Takde gambar lecture hall. So, sampai sana tahulah macam mana. Ni bagi sneak peek je. Hee.
Ada 4 subjek teras. Math, Bio, Chem & Physics. 2 subjek sampingan. CTU (agama) & ELC (english). Kod subjek-subjek ni akan berubah untuk 2 sem tu. You'll see. Cuma 4 subjek teras tu yang akan diambil kira dalam UPU untuk kiraan GPA. Untuk GPA UiTM, semua subjek diambil kira termasuk yang sampingan.

Buku teks akan kena beli nanti. Tapi untuk rujukan je mostly sebab pergi lecture pun kau akan lebih banyak guna lecture notes. UiTM ada student portal. So, nota-nota akan di upload kat sana. Photostat je. Bawak pergi kelas.



Matilah nak bawak buku teks tebal ni pergi kelas

Basically macam ni, akan ada lecture, di mana lecturers akan ajar korang. Lepas tu ada tutorials di mana korang akan diberi tugasan (homework ah senang cerita) lepas tu bincang time tutorial, lab pula korang akan buat eksperimen ikut lab manual yang korang kena beli untuk setiap subjek (bio,chem,phy) lepas tu kena buat lab report secara berkumpulan atau discussion(this is the fun part).

Tutorials.

Group Bio Lab. Geng Loudspeaker.
Group Physics Lab. Paling selalu gaduh manja. Haha.
Group Chemist Lab. Hihu


Cubalah cari mana satu lecturer. Hint: Yang paling comel. (Madam Suhalia)

Insiden itu xD



Selfie satu kewajiban. kah



Akan ada 2 test. Test 1 dan test 2. Di mana korang akan diuji pasal beberapa bab yang dah korang belajar. At the end of the semester, akan ada finals. Hah, yang ni cover semua bab (fun part jugak ni)

Markah korang akan diambil kira ikut percentage. Apa penyumbang paling besar? Finals korang. 50%. Yang remaining 50% tu, adalah markah carry mark korang. Kuiz, assignment, test 1 & test 2. Kuiz & assignment akan diberi ikut budi bicara lecturers korang. Apa komen pasal kuiz & assignment eh? Ni apa yang aku experienced,

BIO- Kuiz almost every tutorial ada, lepas presentation. Presentation ni dikira sebagai assignment kitorang.
CHEM- Kuiz online. Sangat frustrating bila line jammed dan lecturer tak bagi requiz. Argh, sumpah stressss. Assignment pun online jugak. Ada tempoh masa. 
PHYSICS- Cukuplah aku cakap kuiz dan assignment Fizik adalah yang paling menyenangkan kehidupan aku. Maybe sebab lecturer aku tu sangat sporting, cool, awesome, semua semua lah. Rindu Semegat.
MATH- Kuiz buat time tutorials. Assignment pun. Tapi kuiz individually, assignment buat dalam kumpulan. 
ELC- Kuiz online, assignment pun.
CTU- Kuiz dalam kelas, assignment kena buat magazine (ikut lecturer jugak)

Result keseluruhan untuk 2 sem tu akan ditambah, dan markah tu yang akan diambil kira oleh UPU untuk permohonan ke degree pula. Faham, anak-anak?

Oh ye, akan ada juga aktiviti koko. Tapi ikut jugak kelab korang tu macam mana. Kalau aktif, banyaklah aktiviti. Kalau sebaliknya (macam kelab aku), relax sikit lah. Korang kena kumpul certain amount of activity coupons yang akan diambil kira untuk permohonan degree, so they said. Basically akan ada banyak aktiviti yang dianjurkan, mostly akan sediakan coupon, so join lah. Best. Dapat buat kawan, have fun, make bonds. Kalau join dengan housemates & classmates lagi best.

Aktiviti Colour Run. Sumpah best.

Ni hah kupon aktiviti.
 WHY DO YOU NEED TO CHOOSE PALAM?

Tak paksa pilih pun. Tapi kalau masih tertanya-tanya kenapa nak pilih PALAM, meh akak tolong jawabkan.

1)Tangga Maut

Pernah dengar pasal tangga ni? Pernah jugaklah kira ada berapa anak tangga. Dalam 100 lebih nak dekat 200? Haha. Tak ingat. Okay. This might not be the real reason why you should continue your study there. Tapi tangga ni sangatlah famous seantero Malaysia. Tak semua orang boleh turun naik tangga ni hampir setiap hari. Hanya bebudak PALAM yang kuat mental dan fizikal sahaja yang mampu.




Dari kolej nak pergi fakulti, ni je tempat yang boleh digunakan. Ada juga bukit yang jauh sikit kat hujung tapi ni pilihan paling munasabah lah sebab agak dekat. Tapi kengkadang kalau malas tu, boleh je naik bas Rapid KL. Singgit untuk naik. Cuma kalau kau jenis macam aku yang tak suka tunggu bas, memang gagah je naik tangga maut sebab nak balik cepat.

2) Relationships

Let me tell you something. Walaupun hanya 10 bulan belajar kat sini, rasa macam dah 10 tahun jalin persahabatan. Terutamanya dengan classmates. You're like this one big family. Sebab, truth be told, you have no one to rely on here except your friends especially untuk mereka yang kampungnya jauh. So, make friends. You never know bila korang perlukan diorang.

Kau bukan hanya ada classmates, kau juga akan ada housemates, lecture mates, kelab mates, jiran lagi. Hah, nampak tak. Kalau pandai buat kawan, insha Allah. Semua orang baik baik belaka.

3) Nature

PALAM terletak dalam kawasan yang hijau. Atas bukit lagi. Hence, tangga maut. So, if you seek for peace and serene, belajarlah kat sini. Plenty of greeneries for you to enjoy. Banyak tasik lawa-lawa. Cool air. Memang daebak ah senang citer.



Ni pemandangan dari tingkat 9 bangunan R6. Dari bilik R6901 (my room) . Penthouse tau ni. Paling atas. Haha.


4) Food

Makanan kat sini boleh tahan sedap, banyak variety dan murah (paling penting). Ada 2 kafe. KKPA & KKPR. Ni yang kat area kolej. Kat fakulti pun ada. Kat PSB, sebelah PTAR (library). Mintak je nak apa. Roti canai? ABC? Cendol? Nasi ayam penyet? Nasi kerabu? Semuaaa ada.




Ada juga 2 kedai runcit tempat boleh belanja barang. Is Mart kat KKPR. Mini mart kat KKPA. Here's a little tip, akak2 kat Is Mart tu memang tak suka senyum, so jangan amik hati sangat. And, abang bangla Mini Mart tu tak suka duit besar. Kalau nak tukar duit, elok pergi Is Mart. Walaupun akak2 tu tak friendly, diorang tak pernah tolak kalau aku bagi duit besar sebab baru cucuk kat atm. Okay? You're welcome.

5) Shopping Malls

Okay, ini dah bukan kat sekolah, ye adik-adik. Bukan kat asrama. So, korang tak akan dihalang kalau korang nak keluar kampus untuk pergi mana-mana korang nak. This is a freedom that you have to use wisely. Jangan pergi melencong. Kalau setakat nak lepas stres ke, nak makan kat luar ke, bolehlah naik Rapid pergi Setia City Mall, Tesco Setia Alam, Tesco Puncak Alam, Giant pun ada. SCM tu memang port biasa bebudak PALAM. Tak hairan dah kalau terserempak kat sana. Ada 2 bas Rapid. U90 & T600. Tanya orang yang U90 tu pergi mana, yang T600 tu pergi mana. Takkan semua akak nak bagitau. Haha.


Ni lepas MDS. Masing-masing nak pergi berjimba. Tapi most of the time memang ramai macam ni pun. Asasi pun dah 3000 lebih orang, tak campur budak degree lagi





Kalau teringin nak pergi tempat lain macam Shah Alam ke, KL ke, bolehlah sewa kereta. Banyak je nombor kereta sewa kat bus stop. Tapi harap sabarlah dengan kerenah tuan kereta sewa. Banyak jugak akak dah experience. Selalu sewa Viva, Myvi. Tapi kalau ramai, Alza ada. Buatlah pilihan yang bijak ;)

Time sem 1 kitorang pergi Petrosains & Seksyen 7 Shah Alam betul2 sebelum finals. Gilooo. Haha.










Okay, setakat tu je kot. Insha Allah kalau ada masa lagi, akan tulis lagi pasal PALAM. Tune in lah kalau nak tahu. One info though, ada orang kata, UiTM Dengkil dah nak siap. Katanya semua budak asasi dari semua UiTM seluruh Malaysia akan ditempatkan kat situ. So, big possibility kalau korang masuk PALAM, korang akan jadi batch asasi terakhir kat sini. Dan mungkin juga korang akan pindah Dengkil untuk sem 2. We'll see how it goes. Buatlah pilihan korang tu. Fikir masak-masak. Isi upu elok-elok. Insha Allah dipermudahkan. Pray for my result too. 


p.s: This post is dedicated to Pengarah Pusat Asasi UiTM. Prof. Madya Ahmad Kamil Hussain. Tuan Pengarah yang sangat fatherly, senyuman yang manis. Time MDS haritu beliau ada suruh tulis pasal PALAM kat blog. So, this is for you, sir.

p.p.s: Semua gambar adalah hak milik penulis (me). Gagah ambil gambar semua tu. Haha.

p.p.p.s: I posted a lot about my activities in PALAM at my ig (@hannysa_aa), so kalau macam malas nak tunggu aku update, tengok2 dululah kat sana ea. Okay.










Comments

  1. well im felt proud sebab banyak gambar aku . but aku tak puas hati sebb kau ungkit insiden itu . serta aku rasa teruja sebab ada jugak makhluk nak tulis pasal palam and last , i love you honey muaahahahaha aku mang suweet kbye --

    ReplyDelete
  2. I feel proud sebab kau baca blog aku but aku memang tak boleh lupa 'insiden itu' (haha) serta aku rasa teruja nak tulis pasal palam sebab dari awal dah niat nak tulis even sebelum start asasi lagi and last, i love you too. muahh setepek ^_^

    ReplyDelete
  3. Akak . Nanak buku rujukan utk asasi sc leh x . Nk beli buku secondhand ja . ASAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lah dik. Akak tak jual buku2 ni. Takut nanti nak guna lagi time degree. Maybe boleh tanya kat group Asasi Palam kat FB

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa comment kau removed ek? Aku tengok kat email ade. So, aku reply je lah kat sini. Haha. Kalau muka kau takde tu pelik lah weyy. Kau kan ratu amik gambar, ratu selfie xD

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Muka ada ������ tapi takde palam dah lepasni . Kenangan la

    ReplyDelete
  7. Muka ada ������ tapi takde palam dah lepasni . Kenangan la

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. macam mana nak apply Palam? Takut nanti dieorg hantar uitm lain :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just apply je kat upu. Insha Allah kalau ada rezeki, dapatlah :)

      Delete
  11. saya nk tnya lepas tamat asasi sains, kita dpt elok katakan..kita bleh pilih degree yg ditawarkan kpd pelajar asai sains hayat dan asasi sains fizikal ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh insha Allah. Kalau pointer tinggi, mana2 course pun boleh. Asalkan dah penuhi syarat/requirements

      Delete
  12. sis if i got 8a but b in bio agak2 boleh dapat tak :(

    ReplyDelete
  13. akak sy nak tanya nanti lepas asasi boleh ke kita ambik degree untuk physiologist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu akak, boleh je. Sebab asasi ni belajar bio, fizik, kimia, math

      Delete
  14. saya nak masuk asasi uitm ambil sains hayat nanti..boleh x saya nak beli semua buku rujukan akak...serius buyer.nnt contact saya di no nie yer...013-7555689

    ReplyDelete
  15. akak . cuti sem nanti brg kena bawak balik ke ? mcm baldi semua .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuti sem 1 tu tak payah bawak balik rasanya. Tinggalkan pun boleh. Nanti sem 2 sama je duduk situ lagi

      Delete
  16. dear,, apartmen palam ada dapur ke x? ada yg ckp ada..ada ckp xde.. adoi..pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapur memang takde. Sebab tak boleh masak

      Delete
    2. Dapur memang takde. Sebab tak boleh masak

      Delete
  17. Akak, untuk sem2 nnt group tukar ke still sama group mcm sem1?

    ReplyDelete
  18. Boleh x bagi specific details about apa yg dibelajar dalam Asasi Sains dekat PALAM?
    Thanks! (=

    ReplyDelete
  19. Salam , akak . Lepas habis asasi then nk sambung degree still guna result spm or pointer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Nak sambung degree akan tengok both result spm & pointer

      Delete
  20. Salam kak.. lame dh post ni.. harap kak masih aktif la .. Nk tnye psal roomate , adakah roomate kite mmg same course ataupun random ?

    ReplyDelete
  21. Wasalam. haha 2 tahun dah. Housemates time akak dulu semua asasi sains. Sekarang tak taulah, sebab kan dah pindah dengkil

    ReplyDelete
  22. Klau dpt 7A2B(BI & Addmths-B), boleh x dpt asasi sains kat palam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frankly speaking, sekarang mcm dah tak boleh.


      Saya dapat 8A 1 C+, apply Asid (asasi dengkil) tapi tak rasa pun dapat sebab addmath C+.


      Tapi kalau Allah nak bagi, kun fayakun jugak

      Delete
    2. Rasa2 kalau 7A2B tu masih layak utk minimum requirement. tapi yang 8A 1C+ ni mmg tak layak lah.. sebab min requirement pun 2A2B utk sabjek elektif. Dah clearly stated. TQ

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

First Year Dietetics: Subject Summary

Redang Mutiara Beach Resort: A Review (July 2017)